Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN




1 comment:

  1. Fajar subuh menyingsing
    Ufuk timur mulai muncul sang mentari
    Membentuk satu garis harapan baru
    Yang muncul bersama-sama hari baru
    Diiringi takbir dan doa
    Merdu, sayu, bersahut-sahutan
    Hari ini hari kemenangan
    Kurnia Illahi kepada hambanya
    Yang taat setia beribadat
    Tawaddhu' dan khusyu' setiap pagi dan petang
    Bukan ganjaran yang dikejar
    Bukan sanjungan yang diimpi
    Hanya secebis keredhaan
    Yang nilainya tiada galang ganti
    Sehingga Muhammad al-Ma'sum turut mencari
    Gema laungan takbir pagi bersahut
    Masjid, surau, rumah
    Hatta di dalam tirai besi turut tersayup
    Memuji nama Yang Satu
    Meraikan kemenangan merantai nafsu
    Namun purnama bersebelas menanti
    Jangan pula purnama yang satu itu nanti
    Dihadapi tanpa kesiagaan
    Berlapiskan alasan-alasan sampah
    Dek kerana ikutan iblis laknatullah
    Tersungkur di pintu rahmat
    Tanpa sempat menjejak ibu jari
    Hatta sehelai rambut
    Hari ini hari kemenangan
    Maka binalah pertahanan ampuh
    Untuk terus menongkah arus
    Pancaroba sementara tidak lama
    Agar menang sentiasa

    ReplyDelete