Sunday, September 20, 2009

Ketika membelek Majalah
tergamam ketika membaca kenyataan yang dibuat oleh seorang gadis bertudung berkenaan pendidikan seks.
Katanya; “Ketika usia 14 tahun. Ibu bapa pada zaman ini lebih bersikap terbuka dalam membincangkan hal ini, berbeza dengan zaman dahulu. Namun begitu, saya lebih selesa bercakap mengenainya bersama teman lelaki dan teman rapat. Bagi saya seks tidak semestinya selepas berkahwin. Ia bergantung kepada individu. Mungkin ada yang cuba mencari keserasian dengan pasangan melalui hubungan seks” –
S*** *** ***, 22.
Seks tidak semestinya selepas berkhawin???
Idea siapakah ini?
Janganlah disebutkan Islam yang diperlambangkan oleh beliau melalui tudungnya.
Cukup ditanya, Melayu mana yang berfikiran begitu?
Apakah sistem nilai kita sudah berubah hingga ke tahap ini?
Nama dipampang, wajah ditera, bersama kenyataan yang amat memperlekehkan Allah dan syariat-Nya.
Tiada berselindung, tiada juga malu atau segan.
Apa sudah terjadi kepada gadis Melayu ini?
Mungkin ramai lagi di luar sana yang bersifat sepertinya?
....berulang kali membaca kenyataan gadis itu. Takut tersalah faham.
etapi itulah yang dipaparkan.

No comments:

Post a Comment